Pages

Iklan Percuma 5jam

Blink2,Blink2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 8, 2010

Khalwat Maal Hijrah

Hijrah sepatutnya merangkumi dalam semua aspek kehidupan. Kita dituntut untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Semperna tahun baru kalendar Islam, kita penuhkan buku catitan dengan pahala bukannya dengan dosa.

Adalah memalukan apabila hari yang penting dalam kalendar Islam dicemari dengan aktiviti yang tidak baik. Cuti umum yang diberi sepatutnya diguna kearah kebaikkan. Mungkin berita penangkapan tersebut dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Ikuti berita tentang Khalwat Maal Hijrah yang dipetik dari Berita Harian berikut:

ALOR SETAR: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan 10 pasangan yang disyaki berkhalwat di sebuah hotel murah di sekitar bandar raya ini dalam 'Operasi 3/1' yang dijalankan sebagai menghormati sambutan Maal Hijrah, kelmarin.
Operasi yang bermula jam 2 petang sehingga 8 malam itu disertai 28 anggota penguat kuasa JAIK dan tertumpu di sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.
Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata mereka yang ditahan berusia 14 hingga 32 tahun dan tiga daripada mereka adalah pelajar universiti, dua pelajar sekolah manakala selebihnya bekerja di sekitar negeri ini.
Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Kebanyakan pasangan memberi alasan hanya menumpang di bilik hotel yang diserbu itu untuk berseronok dan kita terpaksa membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Dalam operasi itu, seorang gadis berusia 18 tahun tiba-tiba diserang sawan ketika disoal siasat anggota penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat dengan pasangan di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu di sini, kira-kira jam 5 petang.
Gadis yang berasal dari Tongkang Yard di sini, itu dikatakan merentap mulutnya sehingga berdarah menyebabkan anggota penguat kuasa terpaksa meletakkan sudu untuk tujuan keselamatan ke dalam mulut untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
“Kami terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan gadis itu kemudian dimasukkan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
"Kita akan menahannya sejurus keluar dari wad kerana dia disyaki berkhalwat bersama pasangannya berusia 31 tahun di motel itu. Bagaimanapun, pasangannya sudah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan keluarga malam kelmarin," katanya.
Md Nasir berkata, di motel sama, pihaknya turut menahan dua penuntut tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang.
Beliau berkata, penuntut wanita berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri di situ kerana baru pulang dari bercuti di rumahnya di Johor, manakala teman lelakinya yang berasal dari sini hanya datang untuk menemaninya.
“Ketika serbuan pintu bilik mereka dalam keadaan tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa yang lama untuk membukanya.Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

SILA LIKE
www.tips-fb.com

Sunday, December 5, 2010

Khasiat Pemakanan Kuaci

 
Antara kebaikkannya ialah:

Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasia vitamin E.



Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.


Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah

Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 
Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.

SILA LIKE
www.tips-fb.com

Saturday, December 4, 2010

YANG INDAH ITU BAHASA



Mengapa aku bermati-matian memperjuangkan bahasa Melayu, adalah kerana pengalamanku sendiri di bumi Jepun. Aku melihat anak-anak Jepun sangat bersahaja dalam membaca buku bertema berat seperti nuklear, satelit, psikologi dan sebagainya sambil bergolek-golek di atas katil. Aku merasakan alangkah indahnya kalau anak-anak kita di desa nun jauh di sana bisa menikmatinya bersama.

Ilmu teknologi mesti melalui asas pemahaman yang tegap. Ini memang kelemahanku di sini. Bahasa Jepun kejuruteraan agak lain dengan bahasa Jepun sehari-hari. Aku perlu bekerja lebih untuk memahami ilmu kejuruteraan mereka. Membuka kamus Jepun-Inggeris, kemudian Inggeris-Melayu pula jika istilah Inggeris itu jarang didengari, sungguh membebankan. Walhal dalam masa yang sama, kami pelajar asing mesti berlari sama pantas dengan orang Jepun lainnya. Setiap hari adalah setiap kamus baru untuk kita, pelajar Malaysia di sini.
Kita sudah lali dengan perbandingan Malaysia dengan negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan beberapa negara lain yang maju melalui bahasa mereka. Mereka itu adalah negara penjajah. Negara mereka tidak berbilang kaum dan tidak perlu memikirkan kesepaduan rakyat kerana ia lahir sendiri atas kesamarataan bangsa.
Jepun sendiri, sejak sistem pendidikan mereka diwujudkan, rakyatnya 90% berbangsa Jepun. Tidak boleh tidak, bahasa Jepun menjadi keutamaan. Sehingga kini pun, masih ke paras 80% walaupun kadar kelahiran rakyat Jepun kian menurun tahun demi tahun.
Malaysia negaranya berbilang kaum. Perlunya kita mencapai kata sepakat untuk mewujudkan suasana harmoni dalam negara. Kendatipun sistem piawai pendidikan kita dibentuk penjajah (sedangkan kita sudah merdeka, masih terikut-ikut dengan acuan lama), aku merasakan tiada salahnya jika setiap bangsa mendalami bahasa kaum mereka. Kita tidak boleh seperti “satu negara” itu (kalian pasti sedia tahu) yang memaksa semua rakyatnya menggunakan bahasa negara asal, menyebabkan hilang jati diri rakyatnya, lupa asal-usul dari mana nenek moyang mereka datang.
Secara peribadi, aku menganggap negara Jepun maju adalah hasil ciplakan (andai saya boleh guna istilah itu) dari negara lain. Menariknya mereka ini, ilmu baru yang dibawa masuk itu diterjemahkan kepada bahasa mereka, membolehkan anak muda mereka menjamah, mengunyah, lalu ditelan bulat-bulat. Tidak setakat itu, mereka mengembangkan lagi ilmu itu jauh lebih baik dari sumber asal kerana pemikiran kritis yang kini menjadi budaya dalam hidup mereka.
Sebagai contoh, siapa yang mencipta lampu diod (LED) pada asalnya? Pastinya bukan orang Jepun. Tapi, penemuan LED berwarna biru oleh seorang rakyat Jepun bernama Profesor Nakamura, hampir-hampir merangkul anugerah Nobel kerana hasil penggunaannya yang bakal menyumbangkan kemajuan tamadun manusia. Sumber di sini.
Sedikit berbeza dengan era kegemilangan Islam dahulu kala (oh itu cuma tinggal kenangan belaka). Kebangkitan pengajian ilmu ketika itu tiada kaitan dengan aspek penjajahan. Islam tidak menjajah, tetapi berkembang. Jangan kita lupa, setelah terbinanya sebuah empayar Islam, berbondong-bondong pendeta ilmu sibuk menterjemahkan ilmu itu kepada beberapa bahasa lain agar ilmu dapat dihadamkan oleh seantero pelosok dunia. Ilmu dari negara lain juga dibawa masuk dan diterjemahkan semula ke bahasa negara sendiri. Tidakkah dapat ia menjegilkan mata kita lagi? Adakah pengajaran bahasa asing yang menjadi keutamaan? Tidak sekali. Itu kerja orang bahasa. Orang sains kerjanya memahami asas ilmu.
Aku masih ingat lagi ketika Jalaludin Hassan menanyakan soalan “Bahasa manakah yang paling ramai dituturkan di dunia?”, di dalam rancangan “Who Wants to be A Millionaire” tahun 2002 kalau tak silap saya. Jawapan peserta adalah bahasa Inggeris dan ternyata salah. Jawapannya adalah bahasa Mandarin. Tapi, pembetulan jua buat sesiapa yang menganggap bahasa Mandarin itu sebagai bahasa bertangga wahid di dunia.
Ulasan oleh Jalaludin Hassan, bahasa Mandarin paling meluas pertuturannya kerana ramainya rakyat China yang merantau jauh ke pelosok dunia. Jawapan asal memanglah bahasa Mandarin, tapi masih belum dianggap nombor satu, kerana bahasa Inggeris masih tetap digunakan oleh banyak negara untuk urusan rasmi dan ada pengajian khas untuknya.
Pendek kata, tak perlu dikejar bahasa yang menjadi gunaan utama di bumi ini. Yang perlu dikejar adalah gaya pemikiran yang kritikal, budaya membaca yang mantap, dan semua itu mesti melalui satu bahasa yang sungguh dekat di hati manusia; iaitu bahasa kita seharian di rumah.
Aku tidak menghalang kepada usaha mempelajari sesuatu bahasa. Tapi, selagi mana bahasa itu menjadi wadah penyampaian, gunakanlah ia sebaiknya. Jangan dicarik luka apa saja bahasa yang kamu guna.
Bahasa bukan saja jiwa bangsa, tapi nyawa peradaban manusia, dan pertalian roh sesama kita.
SILA LIKE
www.tips-fb.com

Friday, November 19, 2010

Maut ketika lumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)

KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Tiga remaja, seorang daripadanya pelajar terbunuh apabila tiga motosikal yang ditunggangi bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Kampung Bukit Guntung, Tepoh dekat sini petang semalam.


Akibat pertembungan itu, seorang daripada mangsa cedera parah dengan kepala hampir putus selain putus tangan kiri dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di kampung itu yang masih dalam pembinaan.

Dua daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Semasa kejadian, mereka dikatakan menampilkan aksi meniarap ala superman sebelum insiden itu berlaku.
Tiga mangsa itu ialah Solihhuemi Harun, 16, Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dan Mohd. Firdaus Nawi, juga berusia 20 tahun.
Solihhuemi yang dipercayai masih menuntut di sebuah sekolah menengah berasal dari Kampung Hulu Jeram, Tepoh manakala Md. Abdul Rahman serta Mohd. Firdaus masing-masing dari Kampung Raja, Tepoh dan Kampung Sungai Ikan, Tepoh.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Suprintendan Alias Hashim berkata, akibat kemalangan ngeri itu, kepala Solihhuemi hampir terpenggal manakala tangan kirinya putus.

Beliau memberitahu, Md. Abdul Rahman dan Mohd. Firdaus mengalami kecederaan parah di kepala. Mayat tiga sahabat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Jelasnya, kemalangan itu berlaku sewaktu ketiga-tiga mangsa dipercayai terbabit dalam satu perlumbaan haram membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ, sebuah motosikal Honda Cup C70 dan sebuah motosikal yang telah diubah suai, dipercayai kenderaan curi.

"Ketika kejadian, motosikal Yamaha RXZ dari arah jalan mati manakala dua buah lagi motosikal dari arah depan dan ketiga-tiga kenderaan ini dipercayai memecut dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

"Salah sebuah motosikal terbabit dikatakan bergesel sebelum terbabas lalu berlaku pertembungan sesama sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alias berkata, terdapat antara 10 hingga 12 buah motosikal dipercayai terbabit dalam perlumbaan sebelum kejadian itu sambil sekitar lokasi itu turut disertai ratusan motosikal lain.

Beliau seterusnya kesal dengan kejadian itu memandangkan LPT tersebut masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada lalu lintas tetapi telah 'diceroboh' penunggang motosikal untuk dijadikan litar lumba haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak yang menunggang motosikal bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram seumpama itu.

"Kita kesal, ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya Korban semalam, ada pula yang menangisi kematian ahli keluarga kerana terbabit dalam kejadian seperti ini," ujarnya. - Utusan Malaysia
SILA LIKE
www.tips-fb.com

Tuesday, October 12, 2010

Penyakit Pembunuh Nombor Satu di Dunia

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.
Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat,pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.
Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Punca penyakit
Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.
Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Gejala
Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:

    a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
    b. Berat pada dada
    c. Senak dada
    d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.
  • Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
  • Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  • Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
  • Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:
    a. Berpeluh-peluh
    b. Rasa lemah badan
    c. Sakit pada hulu hati
    d. Pening kepala
    e. Pengsan
  • Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium).
  • Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.
  • Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan mesin kejutan AT.

SILA LIKE
www.tips-fb.com

Saturday, October 2, 2010

Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan


Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.

Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.

Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.

Tarikan iklan yang menceritakan 'keasyikan' menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.

Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.

Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.

Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.

Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

"Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

"Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.

"Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain," katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan 'mencairkan' kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.

Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah 'bahan perangsang' yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.

Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.

Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.

SILA LIKE
www.tips-fb.com

Monday, August 30, 2010

Otak dan Zikir



Otak kita manusia adalah perkara yang penting, merupakan asas pokok bagi manusia untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang lain. Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Kesemua aktiviti yang kita lakukan setiap hari, jam, minit, saat dan detik serta kefahaman dan ilmu yang kita peroleh merupakan satu natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Berzikir merupakan salah satu fungsi untuk mengakhtifkan fikiran otok kita. Dengan berzikir juga dapat menenangkan hati kita.

قال الله تعالى:ِ { أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ} الرعد/28
Firman yang bermaksud: “ Ketahuilah dengan mengingati Allah ( Berzikir) dapat menenangkan Hati”.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan urat saraf diotak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Oleh itu lazimilah kita untuk berzikir. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan (PET) yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Wahai saudara-saudara ku seIslam, sebelum saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat Islam sudah lama dipilih oleh Allah S.W.T mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan BERZIKIR dan mengabaikannya.
SILA LIKE
www.tips-fb.com