Pages

Iklan Percuma 5jam

Blink2,Blink2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 24, 2010

Gambar - Giliran Lisa Surihani pula bercium

Hehe....Panas tak kalau dapat tajuk Entry macam ni? Gurauan malam Jumaat je. Lisa, jangan marah or geram ye, nanti tak comel dah.

Lisa ni memang menjadi kegilaan ramai jejaka-jejaka di Malaysia mahupun alam ini. Pelakon utama atau heroin cerita Adamaya ni memang menyengat, ingat lagi bila tengok iklan McDonald's dulu masa lisa masih kecik, cute jer. Ingatkan dah besar hilang ke"cute"an dia tuh, tapi rupa-rupanya makin cantik si Lisa Surihani ni.

Gambar di atas adalah sudut comel kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Berani cakap, Mia Sara & Lisa Surihani adalah pasangan pelakon ibu & anak yang paling ideal. Kami nantikan juga kemunculan mereka berdua dalam drama terbaru selepas hit dengan drama Adamaya, bilalah agaknya tu ya?

Sumber: Forum Gempak
SILA LIKE
www.tips-fb.com

Wednesday, December 22, 2010

#Sampaikan - Cara memberi Salam yang betul



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....



baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;


WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



Sekian, semoga ada manfaatnya.

SILA LIKE
www.tips-fb.com

Wednesday, December 15, 2010

Cara Melihat Status FB Kita Dari yang Pertama Sehingga Kini

Okey, hari ni tak ada idea nak buat entry. Tapi jalan-jalan hari ni terjumpa satu cara untuk kita tahu status Facebook anda dari yang first status hingga lah yang latest(sampai hari ni).

Di samping tu korang akan dapat tahu juga, bilakah tarikh anda semua melayari Facebook ini.

Klik link di bawah ni bagi mendapatkan status pertama anda di Facebook.



SILA LIKE
www.tips-fb.com

Tuesday, December 14, 2010

Menonton ASTRO di kereta anda secara LIVE

[Nak best lagi pasang LED TV dalam kereta]


Ok entry kali ni adalah berkisarkan teknologi yang semakin hari bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, lagi pun sekarang ni pun musim hujan kan. Sebenarnya tak tau mula-mula on laptop ni nak buat entry ape, idea dah tepu waktu cuti-cuti sekolah macam ni tak dapat nak jumpe anak-anak murid kan.hehe....

[sumber: wirespot]
Pernah tak anda semua terfikir untuk menonton ASTRO secara LIVE di dalam kereta anda, nak tengok game MU vs ARSENAL ke kat ESPN, tengok Mari Menari ke yang tengah ditayangkan kat Astro sekarang ni. Ok kalau dulu mesti anda semua terfikir macam mana nak letak decoder tu dalam kereta dengan piring Astro tu kan.

Tapi sekarang ni dah ada jalan penyelesaiannya, di mana ada satu company technology dari South Korea yang tengah heboh berkaitan perang sekarang ni kan. Anda perlulah untuk menggunakan produk daripada SELFSAT ni untuk menonton Astro di dalam kereta. Tapi bukan free tau, sama juga macam subscription yang kita buat kat rumah tu, cuma berbeza adalah dari segi antenna sahaja. Tak cantik la kan kalau pasang piring yang dekat rumah tu atas bumbung kereta, macam kereta Back to The Future pulak kan.
[Sumber : selfsat.com.my]


Apa yang perlu korang buat adalah kene install Astro decoder, power inverter dan AV systems untuk  complete installation. Kos bagi antenna SELFSAT ini ialah RM2299 sahaja,tetapi tidak termasuk dengan installation fees la.

So ape lagi, bagi yang tak nak miss rancangan-rancangan kegemaran anda pergi lah install SELFSAT ni di kenderaan anda ya. Enjoy your movie....
SILA LIKE
www.tips-fb.com

Monday, December 13, 2010

Sazzy Falak Pesan Guna Kondom Lakukan SEKS

Pesanan ini dibawa khas oleh Sazzy Falak serta rakan artis yang lain sempena kempen kesedaran AIDS anjuran ruumz.com.
Mesej yang padat & ringkas ini amat relevan untuk semua bangsa. Diharapkan kaki seks tegar tersentak dan mengamalkan seks selamat. No condom, no play!
 
Okey, jangan salah faham berkaitan apa yang dikatakan oleh Sazzy Falak ni ya. Mesej ni adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh umat manusia khususnya yang hidup di bumi Malaysia dan Seluruh Dunia. "Amalkan hubungan SEKS selamat. Gunakan KONDOM CEGAH AIDS. Macam orang putih cakap, preventing is better than cure - mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Jadi jauhi maksiat jauhi zina bagi yang belum berkahwin. Kahwin dulu baru lah boleh nak buat gitu-gini dengan pasangan masing-masing. Tapi, even anda dah kahwin pun boleh juga kan kalau nak mencegah, buat la HIV test sebelum kahwin tu, kalau result positif HIV AIDS dan mahu meneruskan perkahwinan juga, cegah la dengan gunakan KONDOM.
SILA LIKE
www.tips-fb.com

Mengandung atau Busung???

Besarnya perut. Gambar ni adalah gambar seorang wanita yang mengandung ya, bukan busung. Tapi tak tahulah berapa anak yang terhasil dari dalam perut tu. Ini lah akibatnya daripada percantuman ovum dan sperma dari XX dan XY. Betul ke?

Okeyh, kali ni saya sampaikan sedikit bagi ibu-ibu yang mengandung ya.

ADAB KETIKA MENGANDUNG

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

+ SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
+ MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
+ MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
+ JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
+ JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
+ JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
+ JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
+ JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
+ Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
+ Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.
AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG

Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

+ BANYAK BERTAUBAT
+ MENUTUP AURAT
+ BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
+ Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
+ Membaca surah Yassin hingga akhir
+ Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
+ Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
+ Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
+ Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
+ Membaca surah An-Nahl, ayat 78
+ Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
+ MEMBACA DOA ( senarai doa; akan datang )


Ingat : MOM's MILK IS THE BEST.

+ Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
+ DILARANG meminum alkohol, merokok.
+ JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.
+ Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.
+ Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.
+ Jauhi daripada sifat benci-membenci.
+ Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.
+ Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.
+ Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan keharmonian rumahtangga anda.
NASIHAT UNTUK IBU YANG MENGANDUNG
Berusalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Cth; berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia).

Tapi serius, memang terkejut juga bila melihat gambar kat atas tu, besarnya lah kan perut ibu tu. Tapi jangan contohi pula dengan mendedahkan aurat ya walaupun perut sebesar perut ikan paus.

SILA LIKE
www.tips-fb.com

Sunday, December 12, 2010

Cinta Monyet


Apa komen anda? Terpulang kepada anda yang menilai. Saya terima gambar ni dari seorang rakan melalui email. Cerita kawan saya tu yang pelajar perempuan ni ditemui telah menghantarkan surat cinta kepada kekasihnya.

Masih lagi dibangku sekolah tapi berjiwa sensitif seperti orang dewasa. Apa pandangan anda itu terpulang pada pendirian masing-masing.:)
SILA LIKE
www.tips-fb.com