Takkan Melayu Hilang di Dunia, mungkinkah ungkapan ini kekal selama-lamanya jika anak Melayu kini tak tahu menilai bangsanya sendiri dengan berpeleseran di jalanan mencari kehidupan penuh dengan keseronokan dan hiburan hasil dari jajahan barat. Sajak dari Usman Awang ini amat memberikan makna yang penuh mendalam bagi anda yang tidak pernah menilai dari sudut kaca mata anda sendiri.
Melayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santunJika menipu pun masih bersopanBila mengampu bijak beralas tangan.Melayu itu berani jika bersalahKecut takut kerana benar,Janji simpan di perutSelalu pecah di mulut,Biar mati adatJangan mati anak.Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu,Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke MelayuMalah mua'alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zamanBegitu luas daerah sempadanSayangnya kini segala kehilanganMelayu itu kaya falsafahnyaKias kata bidal pusakaAkar budi bersulamkan dayaGedung akal laut bicaraMalangnya Melayu itu kuat bersorakTerlalu ghairah pesta temasyaSedangkan kampung telah tergadaiSawah sejalur tinggal sejengkaltanah sebidang mudah terjualMeski telah memiliki telagaTangan masih memegang taliSedang orang mencapai timba.Berbuahlah pisang tiga kaliMelayu itu masih bermimpiWalaupun sudah mengenal universitiMasih berdagang di rumah sendiri.Berkelahi cara MelayuMenikam dengan pantunMenyanggah dengan senyumMarahnya dengan diamMerendah bukan menyembahMeninggi bukan melonjak.Watak Melayu menolak permusuhanSetia dan sabar tiada sempadanTapi jika marah tak nampak telingaMusuh dicari ke lubang cacingTak dapat tanduk telinga dijinjingMaruah dan agama dihina janganHebat amuknya tak kenal lawanBerdamai cara Melayu indah sekaliSilaturrahim hati yang murniMaaf diungkap senantiasa bersahutTangan diulur sentiasa bersambutLuka pun tidak lagi berparutBaiknya hati Melayu itu tak terbandingkanSegala yang ada sanggup diberikanSehingga tercipta sebuah kiasan:"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak di pangkuan mati kebuluran"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satuMasihkan tunduk tersipu-sipu?Jangan takut melanggar pantangJika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang laranganJika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinanJika percaya kepada keadilan.Jadilah bangsa yang bijaksanaMemegang tali memegang timbaMemiliki ekonomi mencipta budayaMenjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILANUsman Awang
SILA LIKE
2 comments:
Melayu itu kita.. Sayangilah ia.. ;)
bangga kan jadi anak Melayu...Alhamdulillah dapat hidup di bumi ALLAH ni.
Post a Comment