Pages

Iklan Percuma 5jam

Blink2,Blink2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 19, 2010

Maut ketika lumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)

KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Tiga remaja, seorang daripadanya pelajar terbunuh apabila tiga motosikal yang ditunggangi bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Kampung Bukit Guntung, Tepoh dekat sini petang semalam.


Akibat pertembungan itu, seorang daripada mangsa cedera parah dengan kepala hampir putus selain putus tangan kiri dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di kampung itu yang masih dalam pembinaan.

Dua daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Semasa kejadian, mereka dikatakan menampilkan aksi meniarap ala superman sebelum insiden itu berlaku.
Tiga mangsa itu ialah Solihhuemi Harun, 16, Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dan Mohd. Firdaus Nawi, juga berusia 20 tahun.
Solihhuemi yang dipercayai masih menuntut di sebuah sekolah menengah berasal dari Kampung Hulu Jeram, Tepoh manakala Md. Abdul Rahman serta Mohd. Firdaus masing-masing dari Kampung Raja, Tepoh dan Kampung Sungai Ikan, Tepoh.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Suprintendan Alias Hashim berkata, akibat kemalangan ngeri itu, kepala Solihhuemi hampir terpenggal manakala tangan kirinya putus.

Beliau memberitahu, Md. Abdul Rahman dan Mohd. Firdaus mengalami kecederaan parah di kepala. Mayat tiga sahabat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Jelasnya, kemalangan itu berlaku sewaktu ketiga-tiga mangsa dipercayai terbabit dalam satu perlumbaan haram membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ, sebuah motosikal Honda Cup C70 dan sebuah motosikal yang telah diubah suai, dipercayai kenderaan curi.

"Ketika kejadian, motosikal Yamaha RXZ dari arah jalan mati manakala dua buah lagi motosikal dari arah depan dan ketiga-tiga kenderaan ini dipercayai memecut dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

"Salah sebuah motosikal terbabit dikatakan bergesel sebelum terbabas lalu berlaku pertembungan sesama sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alias berkata, terdapat antara 10 hingga 12 buah motosikal dipercayai terbabit dalam perlumbaan sebelum kejadian itu sambil sekitar lokasi itu turut disertai ratusan motosikal lain.

Beliau seterusnya kesal dengan kejadian itu memandangkan LPT tersebut masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada lalu lintas tetapi telah 'diceroboh' penunggang motosikal untuk dijadikan litar lumba haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak yang menunggang motosikal bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram seumpama itu.

"Kita kesal, ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya Korban semalam, ada pula yang menangisi kematian ahli keluarga kerana terbabit dalam kejadian seperti ini," ujarnya. - Utusan Malaysia
SILA LIKE
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment