Pages

Iklan Percuma 5jam

Blink2,Blink2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 13, 2010

Mengandung atau Busung???

Besarnya perut. Gambar ni adalah gambar seorang wanita yang mengandung ya, bukan busung. Tapi tak tahulah berapa anak yang terhasil dari dalam perut tu. Ini lah akibatnya daripada percantuman ovum dan sperma dari XX dan XY. Betul ke?

Okeyh, kali ni saya sampaikan sedikit bagi ibu-ibu yang mengandung ya.

ADAB KETIKA MENGANDUNG

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

+ SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
+ MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
+ MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
+ JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
+ JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
+ JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
+ JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
+ JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
+ Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
+ Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.
AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG

Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

+ BANYAK BERTAUBAT
+ MENUTUP AURAT
+ BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
+ Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
+ Membaca surah Yassin hingga akhir
+ Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
+ Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
+ Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
+ Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
+ Membaca surah An-Nahl, ayat 78
+ Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
+ MEMBACA DOA ( senarai doa; akan datang )


Ingat : MOM's MILK IS THE BEST.

+ Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
+ DILARANG meminum alkohol, merokok.
+ JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.
+ Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.
+ Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.
+ Jauhi daripada sifat benci-membenci.
+ Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.
+ Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.
+ Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan keharmonian rumahtangga anda.
NASIHAT UNTUK IBU YANG MENGANDUNG
Berusalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Cth; berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia).

Tapi serius, memang terkejut juga bila melihat gambar kat atas tu, besarnya lah kan perut ibu tu. Tapi jangan contohi pula dengan mendedahkan aurat ya walaupun perut sebesar perut ikan paus.

SILA LIKE
www.tips-fb.com

2 comments:

dya adriza said...

Wah!! mesti kembar 4 atau 5 nih..

tips yg gt menarik ^^ salam perkenalan cikgu~

ShaLLeyShaLina said...

uiiiiiiiii besau nyeeeeeee *pitam*

Post a Comment